Teknik Mengurut Zakar
Powered By WPOptinForm
Amalan mengurut zakar memang terdapat dalam tradisi masyarakat Melayu lama. Amalan ini dikatakan telah dibawa oleh pedagang Arab ke Tanah Melayu. Telah tersebut dalam kitab Rawd-At-Tirr karangan Sheikh Nefzawi seorang penasihat istana kerajaan Arab-Tunisia di abad ke-17, berkenaan kaedah membesarkan saiz zakar melalui urut. Kalau dah selalu buat amalan urut zakar, tak perlu lagi makan ubat kuat !Nota : penderita sakit kencing manis [ diabetes ] pada tahap kritikal tidak digalakkan untuk mengurut zakar.
1. Tujuan mengurut zakar
Terdapat beberapa pendekatan serta tujuan mengurut zakar :
* bagi mengubati tanda-tanda awal penyakit mati pucuk dan lemah tenaga batin
* untuk mengatasi masalah pancutan awal atau ejakulasi pramatang
* tujuan membesarkan dan memanjangkan zakar. Menurut ilmu tabib Cina, zakar boleh ditambah saiz sehingga 1 hingga 2 inci. Namun rawatan urut Melayu dan kitab-kitab Arab mencatat bahawa saiz boleh ditambah sehingga 4 inci. Malahan ahli Yoga India ada yang mampu memanjangkan zakar sehingga 14-inci!
* bagi meningkatkan keampuhan dan keupayaan zakar – supaya zakar menegak lebih tegar dan galak, condong ke atas dan timbul urat-urat zakar serta kepala zakar kembang dengan garang seperti singa apabila menghadapi isteri ketika persetubuhan.
* mengurut zakar untuk meredakan gejolak nafsu – terutama kepada lelaki bujang atau suami yang berjauhan dari isteri (tanpa menumpahkan air mani) serta mengelak dari maksiat zina.
* sebagai latihan untuk menghadapi situasi sebenar persetubuhan. Urut zakar dengan latihan pernafasan tertentu boleh membantu suami mengawal kepala zakar untuk mengembang dan menguncup untuk kepuasan jimak pihak isteri. Sekaligus amalan urut ini berfungsi membantu ketahanan suami dalam senggama dan jimak.
2. Kaedah Mengurut zakar
Ada pelbagai kaedah mengurut zakar yang meliputi cara mengurut, kawasan tubuh badan yang diurut, minyak atau alat yang digunakandan peraturan tempoh waktu amalan urut dilakukan, malahan ada yang menggunakan jampi serapah seperti dalam amalan dukun Melayu.
Berikut ini adalah koleksi kaedah urut zakar seperti yang diamalkan oleh masyarakat tradisi Melayu-Arab yang diturunkan kepada anak daripada bapa apabila anak lelaki mula mencapai umur baligh. Ianya adalah Rahsia yang perlu diketahui oleh setiap lelaki yang mengambil berat akan kesihatan fizikal zakarnya.
* Mengeraskan Zakar
Sebelum tidur ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskannya apabila mengurut. Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jari tangan dan urut kelengkang ia itu antara dubur ke telur zakar (seakan-akan Istibra selepas kencing). Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala saja, yakni dari dubur mengarah ke telur zakar. Lakukan sebanyak 7 kali. Ada juga amalan yang disertai dengan zikir-zikir tetentu, seperti contohnya wafaq berikut:
Ya Qadim
Ya Daim
Ya Ahad
Ya Wahid
Ya Samad
Ya Allah – Ya Allah – Ya Allah
Ya Qahar – Ya Qahar – Ya Qahar
Lailaha il’aLlah hu Wahidul Qahar
Kesan dari amalan ini akan dapat dilihat pada malam itu juga, di mana zakar akan menegang dengan galak sekitar 3 pagi sehingga waktu solat subuh. Amalkan ia kalau boleh pada setiap malam sebelum anda tidur terutama ketika cuaca sejuk supaya ligament dan urat-urat zakar berada pada tahap kecergasan yang terbaik.
* Urut untuk Memecahkan Lemak & Angin pada batang Zakar
Semasa bangun dari tidur, selatkan pangkal batang zakar [ kawasan yang berhampiran dengan bumi zakar ] menggunakan jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan atau tangan kiri. Hujung jari-jari itu menekan ke bumi zakar sambil mengurut-urutnya ke atas dan ke bawah.
Lakukan selama kira-kira 2 minit atau hitungan 99-kali. Lakukan pada setiap pagi kerana amalan ini akan memecahkan lemak dan angina dari berkumpul pada pangkal zakar. Ianya juga dapat mengelakkan dari berlakunya tersimpul urat buah zakar apabila usia meningkat tua.
* Menahan Mani
Menurut kitab Tajul Muluk dan Rawd-at-Tirr, mengurut menggunakan minyak urut yang khas boleh membantu lelaki bertahan lebih lama ketika bersetubuh. Caranya ialah dengan mengurut sehala dari pangkal zakar menghala ke hujung zakar, berulang-ulang kali. Tempatkan ibu jari di bahagian atas batang zakar, jari tengah di bahagian bawahnya. Lakukan urutan selama 2 minit atau 99-kali hitungan. Latihan ini boleh dilakukan pada bila-bila waktu lapang, kecuali pada waktu Zohor dan Maghrib.
* Urut Memanjangkan Zakar
Kebanyakan lelaki merasakan zakar mereka tidak menepati saiz yang sepatutnya. Purata zakar normal lelaki dewasa Malaysia ialah sekitar 4 inci hingga 6 inci, namun perlu diingatkan bahawa kebanyakan lelaki tidak mencapai saiz zakar yang optima. Maka atas sebab ini kaedah mengurut boleh meningkatkan zakar ke tahap yang lebih besar dan panjang.
Dalam satu kajiselidik di Amerika, majoriti wanita di negara tersebut menginginkan lelaki yang mempunyai zakar sekitar 7 inci dengan ukur keliling yang tebal. Alasan yang diberikan mereka ialah untuk dapat merasakan zakar penuh atau sendat di dalam vagina dan supaya kepala zakar dapat menyentuh mulut rahim (cervix atau Batu Meriyan dalam istilah perbidanan Melayu)
1. Mengurut zakar untuk memanjangkannya elok dilakukan pada awal pagi. Sapukan sedikit minyak lelaki pada tapak tangan dan gosok dengan laju untuk memanaskannya.
2. Tarik nafas dalam-dalam. Kemutkan dubur, genggam pangkal batang zakar dengan tangan kanan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
3. Lurutkan batang zakar itu membawa tangan ke hujung zakar tapi hendaklah anda berhenti bila sampai ke takuk zakar. Dengan cara ini, anda menghantar lebih banyak darah ke dalam kepala zakar dan dikunci tenagannya oleh cengkaman tangan tadi. Tahan nafas selama 7 kiraan sambil mengekalkan cengkaman itu. Kemudian lepaskan.
4. Lenturkan batang zakar ke arah paha kanan dubur. Kemudian lepaskan lenturan itu. Lakukan sebnyak 21 kali.
5. Lenturkan batang zakar ke arah paha kiri dubur. Kemudian lepaskan lenturan itu. Lakukan sebanyak 21 kali.
6. Pegang kepala zakar, pusingkan zakar mengikut jarum jam sebanyak 21 pusingan. Kemudian lakukan yang sama pada arah berlawanan jarum jam.
Saksikan perbezaan pada zakar anda pada hari-hari ke 7, ke-14 dan pada hari ke-21 dan hari ke-40. Sebaik-baiknya anda mengukur zakar terlebih dahulu sebelum memulakan latihan ini.
Mengurut Zakar Melalui Persetubuhan
Zakar adalah anggota tubuh yang sukar dikawal oleh minda. Adalah sukar bagi lelaki normal untuk memerintahkan zakarnya menegang mengikut sesuka hati. Ereksi atau ketegangan zakar antara lain digerakkan oleh deria penglihatan, sentuhan dan bau yang menghantar mesej ke otak untuk merembes hormon jantan dan seterusnya mengeraskan zakar untuk tegak kerana terangsang atau berahi apabila bersama perempuan.
Oleh kerana saiz, tahap kekerasan dan bentuk zakar merupakan faktor-faktor bagi memudahkan isteri mencapai klimaks dan inzal, maka disebutkan bahawa teknik mengurut zakar pada liang faraj isteri adalah satu latihan yang perlu dipelajari oleh suami.
Salah satu cara bagi memuaskan isteri ialah dengan membuat faraj isteri dapat merasakan zakar mengurut dan mengusap keseluruhan liang faraj atau vagina dalam setiap dayungan. Ini akan hanya dapat dilakukan apabila suami dapat mengawal kepala zakarnya agar boleh kembang dan kuncup apabila dikehendaki.
Tekniknya ialah sepertiberikut :
* dayungan masuk – kuncupkan kepala zakar apabila menusuk ke dalam faraj
* dayungan keluar – kembangkan kepala zakar apabila menarik zakar dari faraj
Melalui cara yang disebutkan tadi, isteri akan merasa seluruh urat-urat di dalam farajnya dibelai dan diusap oleh zakar, dan ini akan memberi nikmat dan kelazatan seks yang tidak terhingga pada isteri.
Cara melatih zakar untuk responsif kembang-kuncup ialah melalui urutan dan perlu disertai dengan kaedah pernafasan tertentu. Ketika bangun pagi, semasa zakar masih tegang, ambil sedikit Wild-X dan gosokkan pada tapak tangan supaya panas. Tuam tapak tangan pada bahagian pinggang dan urut dari hala atas ke bawah.
CATATAN ISTILAH
Istibra’ (Membersihkan sisa-sisa air kencing di dalam zakar)
Istibra’ dilakukan dengan cara:
* Mengusap dengan kuat antara lubang dubur dan zakar sebanyak tiga kali . Usapan hendaklah dilakukan sehala saja dari arah dubur ke telur zakar.
* Meletakkan telunjuk di bawah batang zakar dan ibu jari di atas batang zakar dan lalu mengusapkannya dengan tekanan hingga hujung zakar sebanyak tiga kali
* Menekan ujung zakar [kepala zakar] tiga kali. Dilakukan seperti memerah kepala zakar, untuk mengeluarkan sisa-sia air kencing.
Jika setelah istibra’ keluar cairan yang meragukan apakah air kencing atau bukan maka dianggap suci dan tidak membatalkan wudhu tetapi jika tidak istibra’, maka dihukumi najis dan membatalkan wudhu’. Antara manfaat amalan Istibra’ ialah mencegah masalah Prostate dan masalah radang jangkitan pada saluran kencing.
*Sumber Artikel dari : Buku Permata Yang Hilang
Kekal klimaks dan Tahan Lama
TIDAK semua lelaki mampu klimaks secara normal. Ada yang terpaksa menggunakan tangan untuk mengurut alat sulitnya beberapa minit dan memasukkannya semula ke dalam alat sulit wanita, ‘mendayung’ beberapa ketika sebelum akhirnya mencapai ejakulasi.Proses ereksi dan ejakulasi atau klimaks tidak sama. Ereksi boleh berlaku kepada mana-mana lelaki yang mempunyai sistem urat saraf serta perjalanan darah sihat yang membolehkannya mengalami rangsangan seksual ketika dalam perasaan ghairah.
Apabila perasaan ghairah reda, rangsangan seksual juga tiada lagi. Ereksi yang berlaku pula hilang tenaganya sebelum layu tanpa ejakulasi.
Ejakulasi berlaku apabila tiba kemuncak lelaki menghayati rangsangan sentuhan terhadap alat sulit.
Dalam keadaan biasa apabila lelaki bercumbu bersama pasangan dengan hajat melakukan seks penetratif, dia menusuk alat sulitnya ke dalam alat sulit isteri ketika ereksinya padat.
Ia dilakukan dalam keadaan pasangan bersedia menerima kemasukan ereksi dan seterusnya lelaki mempercepatkan tusukan bagi menikmati rangsangan sehingga kemuncaknya mencapai ejakulasi.
Bagi yang menggunakan tangan, ia dilakukan bagi membina rangsangan seksual sebelum memindah atau melakukan tusukan.
Lelaki itu mungkin perlukan sentuhan kasar terhadap alat sulitnya menggunakan tangan sebelum mampu sampai kemuncak dan ketika itu baru dia menyambung pergerakan tusukan lembut ke dalam alat sulit isteri.
Ia mungkin dilakukan secara sengaja kerana dengan cara memasukkan ereksi terus ke dalam alat sulit isteri, ia tidak dapat membantu meningkatkan rangsangan diperlukannya. Ia berlaku mungkin kerana kesan amalan onani yang pernah dipraktikkannya.
Jika lelaki berkenaan terikat dengan cara itu, sukar untuknya melakukan hubungan seks penetratif seperti lelaki normal lain yang lebih teruja dengan sentuhan kelembutan alat sulit isteri.
Mungkin wanita boleh cuba membantu dengan melakukan rangsangan alat sulit menggunakan tangan mengikut selera lelaki itu. Apabila lelaki terasa seperti hendak sampai kemuncak, wanita boleh alihkan ereksinya ke dalam alat sulitnya sambil mengemutkan alat sulit itu dengan padat.
Mungkin dengan perasaan seronok dialami daripada kemutan alat sulit isteri, lelaki itu boleh memberi masa lama ketika di dalam alat sulit isteri atau terus ke alat sulit berkenaan tanpa perlu mendapatkan rangsangan daripada tangan.
Jika semua itu dicuba tetapi tidak berkesan, saya berpendapat wanita tidak perlu melakukan apa-apa dan terima keadaan itu, asalkan pasangannya mampu memancutkan air mani ke dalam alat sulit isteri.
Itu sudah mencukupi kerana tanpa ejakulasi dalam alat sulit isteri, sukar untuk isteri hamil.