soal jawab lelaki

Senam Tahan Lama

June 28th, 2009
SAYA ingin tahu sama ada wujud senaman harian yang membolehkan saya bertahan lebih lama ketika melakukan hubungan kelamin dengan isteri.
Saya ada satu cara senaman iaitu duduk bersila dengan paha kiri dan kanan dijungkit ke atas sebanyak 20 kali dan perlu dilakukan setiap pagi, adakah betul cara itu?
Buat pengetahuan doktor, isteri saya lambat capai klimaks dan ia sedikit membuatkan saya gusar terhadap ‘prestasi’ saya untuk memenuhi kepuasannya.

SYAM
Batu Pahat, Johor


Hubungan seksual bukan sekadar hubungan fizikal yang kerap dihebohkan oleh kebanyakan majalah atau media elektronik yang memaparkan gaya hidup, malah ia lebih daripada itu.
Bagaimana Cara Bersenam Untuk Tahan Lama?
Ia bukan saja sekadar ‘sexual intercourse’, sebaliknya turut memerlukan ‘mental intercourse’ dan ‘emotional intercourse’. Ini hanya boleh dikecapi melalui komunikasi yang baik.
Jika anda dan pasangan terbuka untuk membincangkan apa saja yang mustahak dalam kehidupan anda berdua, termasuk kehendak seksual masing-masing, anda seharusnya secara bersama mencari jalan untuk mendapatkannya.
Dengan itu, sudah tentu masalah isteri tidak mencapai klimaks atau anda mudah mengalah tidak akan timbul. Kesepakatan memainkan peranan dalam melakukan hubungan intim, iaitu mengikut keselesaan kedua-dua pihak.
Sebagai contoh, anda boleh merangsang isteri mengikut kesukaannya dengan dia memberi panduan apa yang perlu dilakukan dan apabila dia masuk ke pintu klimaks, anda boleh mainkan peranan anda pula untuk menikmati klimaks.
Tidak perlu rekod masa kerana ia tidak mustahak apabila dua pihak seronok bersama! Jika anda mahu lakukan senaman untuk bantu menguatkan stamina, boleh berjoging atau lari deras.
Jika mahukan tenaga badan, bina badan dengan senaman bina badan dan jika mahu daya ereksi yang kuat, lakukan senaman kemut atau senaman kegel iaitu mencengkam lubang najis atau seolah-olah kencing.
Jika anda bersetubuh, lakukan gerakan ereksi dalam faraj tanpa mengeluarkan ereksi dari faraj, kekal dalam faraj dan gerak dalam kemut.
Ini memberi rangsangan padu kepada isteri dan jika gerakan dilakukan menghala ke langit faraj, tentu akan terkena bahagian yang menyeronokkan dan memudahkan isteri mencapai klimak.
Harian Metro : Soal Jawab Dr Ismail Tamby

Gemuk Memberi Kesan Kepada Lelaki

November 27th, 2010
 
salam 
Powered By WPOptinSalam
SAYA berusia 25 tahun dan mempunyai berat badan 125 kilogram. Sejak kebelakangan ini, saya menghadapi masalah dengan ketegangan alat sulit saya. Saya merancang untuk berkahwin tahun depan. Saya jenis kurang bersenam dan kuat makan. Adakah masalah yang saya hadapi sekarang akan membawa kesan buruk kepada kehidupan seks saya?
LEE Shah Alam, Selangor

Fungsi seksual yang normal memerlukan sistem urat saraf yang berfungsi normal, perjalanan darah yang sempurna, tahap hormon seks yang normal dan sistem kawalan seks yang cergas. Anda muda dan sudah tentu mempunyai sistem kawal seks yang cergas serta boleh dan mudah teruja serta mampu mencapai ereksi.
Hanya apa yang berlaku ialah ereksi anda tidak bertahan lama dan kurang cergas. Ini kerana keadaan kesihatan anda yang kurang cemerlang, tidak melakukan senaman dan mempunyai berat badan yang berlebihan (obesiti).
Anda mungkin tahu obesiti membuatkan tubuh badan anda tidak berdaya atau lembab. Secara langsung, badan anda menjadi kurang aktif dan ini menyebabkan penghasilan hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi syahwat menurun, kesudahannya ialah perkara yang berlaku kepada anda.
Apabila anda mula melakukan aktiviti fizikal iaitu bersenam secara berkala dan mengawal berat badan, keadaan anda yang tidak bermaya itu akan berubah kepada lebih aktif. Jadi amalkan gaya hidup sihat dan anda akan dapat ganjaran seperti yang dihajati